Recents in Beach

header ads

#MaluApaBossKu : Nampaknya Menteri Bitcoin tak faham apa maksud "rolling 3 year period".



Selepas kantoi buruk semalam, dia cuba menyalahkan kerajaan BN dahulu untuk kejatuhan teruk dalam Indeks Kebahagiaan Dunia 2019 dari tempat 35 pada tahun 2018  kepada tangga 80 untuk tahun 2019 di bawah PH.

Dia kata laporan untuk tahun 2019 adalah berdasarkan kajian dari tahun 2016, 2017 dan 2018 - dan ini adalah semua di bawah BN kecuali 8 bulan terakhir tahun 2018.

Dia kata kejatuhan teruk ini adalah sebab isu 1MDB dan saya.

Menteri ini seperti tidak tahu bahawa SETIAP laporan tahunan World Happiness Index adalah berdasarkan tempoh tiga tahun sebelum itu iaitu "rolling 3 year period".

Perhatikan di bawah:

- laporan tahun 2015 di keluarkan pada Mac 2015.
Malaysia di tempat 61 berdasarkan kajian dari tahun 2012 hingga 2014.

- laporan tahun 2016 di keluarkan pada Mac 2016.
Malaysia naik ke tempat 47 berdasarkan kajian dari tahun 2013 hingga 2015.

- laporan tahun 2017 di keluarkan pada Mac 2017.
Malaysia naik ke tempat 42 berdasarkan kajian dari tahun 2014 hingga 2016.

- laporan tahun 2018 di keluarkan pada Mac 2018.
Malaysia naik ke tempat 35 berdasarkan kajian dari tahun 2015 hingga 2017.

Tiba-tiba, laporan untuk tahun 2019 yang dikeluarkan semalam dan berdasarkan kajian dari tahun 2016 hingga 2018 menunjukkan indeks kita jatuh teruk ke tempat 80.

Memandangkan indeks semakin naik pada tahun-tahun sebelum ini dan PH telah menyerang isu 1MDB sejak tahun 2014, adakah ianya logik bahawa indeks boleh menjunam 45 tangga sehingga tempat 80 dalam 4 bulan tahun pertama 2018?

Apa perubahan besar yang telah berlaku pada tahun 2018?

Pemikiran logik menteri di mana?

Mengapa Menteri ini susah untuk menerima kebenaran bahawa Rakyat tidak suka ditipu bergilir-gilir?

Rakyat suka atau tidak apabila satu persatu tuduhan-tuduhan PH terhadap kerajaan lama dibuktikan sebagai fitnah?

Rakyat tak marah apabila Menteri-menteri PH berulang-kali membuat U-turn serta mengeluarkan kenyataan tak masuk akal?

Rakyat gembira sangat ke bahawa kos sara hidup semakin naik walaupun dijanji akan menurun manakala pulangan mereka dari tabung-tabung seperti KWSP, ASB turun?

Adakah rakyat happy bahawa pelbagai bantuan kepada mereka telah dimansuhkan dan digelar malas dan diseru untuk berkorban untuk kerajaan?

Rakyat happy ke harta-harta negara dijual dan dilelong satu persatu PH manakala hutang negara naik dengan kadar lebih tinggi lagi?

Rakyat tak marah ke bahawa agama dihina dan pemimpin PH sering mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan agama dan bangsa?

Rakyat tak marah apabila Malaysia digelar "sole loser" kerana ekonomi semakin merosot?

Tiap-tiap hari beratus hingga beribu netizen marah di FB dia, takkan menteri tak perasan?

Susah sangat ke untuk Menteri PH terima atau faham fakta-fakta ini?

Kalau BN teruk sangat, takkan Menteri ini memuji laporan masa BN sehingga melambung-lambung pagi semalam?

Dah kantoi, baru kata ini "semua salah Najib".

Post a Comment

0 Comments