Boleh tahan nakal juga MalaysiaKini buat tajuk berita seperti ini.
MalaysiaKini tak kisah Menteri petai tidak happy ke?
Malangnya awak Khalid Samad - Najib
Kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebahagiaan Dunia 2019 merosot teruk kerana rakyat ditipu kerajaan, kata bekas perdana menteri Najib Razak.
“Kedudukan negara kita sekarang adalah pada tahap paling rendah sejak laporan ini mula dikeluarkan oleh PBB.
“Menteri PH (Pakatan Harapan) sedar tahu bahawa Rakyat yang bergilir-gilir ditipu oleh kerajaan semasa ekonomi Malaysia semakin menurun di bawah mereka tidak akan happy,” kata Najib.
Media semalam melaporkan kedudukan Malaysia menjunam 45 anak tangga kepada kedudukan ke-80 bagi, jauh ketinggalan di belakang negara seperti Tenggara Singapura dan Thailand.
Tinjauan tiga tahun dari 2016 hingga 2018, dinilai berdasarkan aspek Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, kesejahteraan, pendapatan, kebebasan, kepercayaan, kesihatan, sokongan sosial, tahap rasuah dan kemurahan hati.
Sementara itu, menulis di Facebook, Najib juga menyifatkan malang menimpa Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad semalam.
Katanya, baru sahaja beliau mengumumkan kedudukan baik Malaysia dalam indeks itu untuk tahun lalu, indeks terbaru yang menunjukkan sebaliknya pula terbit.
“Tetapi agak malang untuk menteri Khalid Samad semalam,” katanya.
“Pagi dia puji Malaysia naik ke tempat 35, petang pula laporan terbaru untuk tahun 2019 diterbitkan.”
Najib menegaskan laporan baik bagi tahun 2018 itu sebenarnya diterbitkan pada Mac 2018 ketika BN masih memerintah.
MalaysiaKini
0 Comments