Recents in Beach

header ads

#MaluApaBossKu : SPR: Daftar pengundi secara automatik tidak semudah seperti didakwa

Pada pendapat saya, Pengerusi SPR patut berkecuali dan tidak perlu mengeluarkan kenyataan seperti ini yang boleh difahamkan sebagai menghina pengundi atau menyentuh isu Agama:

"Sebab itu mengapa setiap kali pilihan raya, kita lihat 60,000 orang Kelantan balik ke Kelantan untuk mengundi menyokong hudud sedangkan pada masa-masa lain mereka berada di Kuala Lumpur dan pergi ke kelab,” katanya.

“That is why now every election, we see 60,000 Kelantanese going back to Kelantan to vote for hudud when all the other times they are in Kuala Lumpur, probably going to clubs,”  said the EC Chairman....

SPR: Daftar pengundi secara automatik tidak semudah seperti didakwa

KUALA LUMPUR: Pendaftaran pengundi automatik mengambil masa kerana ia tidak semudah seperti yang didakwa, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Harun.
Beliau berkata, pendaftaran pengundi secara automatik memang ada dalam perancangan badan itu.
Bagaimanapun katanya, ia tidak semudah seperti yang didakwa oleh Jabatan Pendaftaran Negara, iaitu apabila seseorang mencapai umur 21 tahun, dia boleh didaftarkan sebagai pengundi secara automatik.
Beliau menjawab pertanyaan seorang peserta forum mengenai pembiayaan politik anjura Transparency International Malaysia di sini, hari ini,
Azhar berkata, Perlembagaan Persekutuan membenarkan seseorang membuang undi di tempat di mana beliau mula-mula mendaftar sebagai pengundi walaupun beliau mungkin tinggal di tempat lain.
“Sebab itu mengapa setiap kali pilihan raya, kita lihat 60,000 orang Kelantan balik ke Kelantan untuk mengundi menyokong hudud sedangkan pada masa-masa lain mereka berada di Kuala Lumpur dan pergi ke kelab,” katanya.
“Itu adalah hak perlembagaan kita. Jika kita melaksanakan pendaftaran automatik, maka keadaan itu perlu diubah kerana pada waktu itu anda akan mengundi di tempat tinggal yang tercatat dalam kad pengenalan.”
Ini, katanya, akan menyaksikan lebih banyak kerusi di Kuala Lumpur dan Selangor dan merupakan antara isu yang perlu dikaji dengan lebih teliti.
Menurutnya lagi, proses pendaftaran automatik akan mengambil masa, dan SPR akan berusaha mengemukakan penyelesaian yang adil dan saksama.
Dilaporkan sebelum ini, banyak parti politik, sama ada yang mewakili kerajaan atau pembangkang, bersetuju dilaksanakan kaedah pendaftaran pengundi automatik berikutan pertemuan tertutup antara SPR dengan wakil 30 parti politik berhubung isu pendaftaran pengundi.

Post a Comment

0 Comments