Bukan sekadar nak cari gaduh seluruh dunia, melaksanakan polisi-polisi tidak masuk akal, melawat ke luar negara untuk melabur di sana dan membawa balik hutang dan bukan pelaburan ataupun tiap-tiap hari mahu mencari jalan untuk kenakan Najib.

Peniaga sayur, Syamsur, 33, berkata beliau terbeban dengan keadaan kewangannya yang berpunca daripada perniagaan yang tidak berjalan lancar sejak kebelakangan ini.

Seorang suri rumah mahu dikenali sebagai Kak Siti, 55, mengakui harga barangan mulai naik sejak peralihan kerajaan pusat.

Peniaga makanan, Nisa, 33, berkata, modalnya terganggu selepas pengenalan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

“Sebelum ini, saya beli 1 karton cawan plastik berharga RM168. Tetapi sekarang, ianya berharga RM216.

“Bezanya lebih kurang RM48, sedangkan ketika GST (cukai barangan dan perkhidmatan), kenaikan harga hanya lebih kurang RM16,” katanya.

Katanya, jualannya dahulu boleh mencecah hingga RM800 bagi 1 malam. Namun kini, dia sukar memperoleh RM200 sehari.

“Dulu setakat naik beberapa ringgit. Sekarang naik lebih RM40.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/04/02/jualan-merosot-peniaga-pasar-malam-rantau-enggan-main-politik/