Pada hari Rabu, Chedet mengakui dan hanya menulis tentang dua daripada banyak skandal tetapi menyatakan kedua-dua itu sebagai "bukan salah saya" sambil menyalahkan orang lain.
Chedet menulis tentang skandal komoditi bujih timah MAMINCO tetapi menuduh itu adalah kesalahan daripada orang England keran mengubah peraturan perdagangan bijih timah.
Tetapi perkara sebenar adalah, hanya orang yang sangat bodoh cuba menaikkan harga komoditi secara artificial semasa kemelesetan ekonomi di seluruh dunia dan ketika permintaan terhadap komoditu berkurangan.
Jadi, apa yang berlaku seterusnya adalah bahawa pengusaha industri akan menggunakan komoditi pengganti lain (keluli, besi, tembaga, nikel atau plastik) untuk selama-lamanya menggantikan timah kerana harga yang rendah dan berdasarkan harga pasaran sebenar - bukan mengikut harga artificial yang terlalu tinggi.
Pada masa yang sama, pengeluar bijih timah di seluruh dunia akan meningkatkan bekalan manakala Amerika Syarikat mengeluarkan simpanan strategik timah untuk mengambil kesempatan daripada harga yang tinggi - mereka membuat keuntungan luarbiasa hasil dari penggunaan dana rakyat negara kita untuk meninggikan harga bijih timah.
Kartel timah antarabangsa juga terpaksa menghabiskan banyak wang untuk menyokong harga timah yang di naikkan secara artificial oleh Mahathir bai mengelak kejatuhan harga.
Akhirnya apabila permintaan terus jatuh, bekalan terus meningkat dan wang untuk menyokong harga yang mengalir keluar, keseluruhan perancangan merudum - memusnahkan industri bijih timah di seluruh dunia termasuk di Malaysia, yang merupakan pengeluar dan pengeksport terbesar di dunia ketika itu.
Tidak ramai Perdana Menteri boleh mendakwa bahawa mereka telah memusnahkan industri utama dan eksport negara mereka sendiri dalam tempoh beberapa tahun menjadi perdana menteri. (Dan dia masih dipanggil wira oleh zombi yang telah diputar kepala otaknya)
Atau memain peranan utama dalam memusnahkan pasaran antarabangsa bagi komoditi.
Mahathir memang hebat!
Kerugian dianggarkan tidak pernah didedahkan sepenuhnya dan secara umumnya ditaksirkan lebih kurang RM1.6 bilionmengiku matawang pada tahun 1985 - ketika itu keseluruhan KDNK Malaysia hanya RM63 bilion. Kesan kepada KDNK kita daripada Perlombongan bijih timah sudah tentu lebih besar.
Sekiranya kita akan tahu bahawa Mahathir akan memusnahkan industri terbesar negara, melumpuhkan Ipoh selama beberapa dekad, kehilangan puluhan bilion dalam KDNK dan menyebabkan 40,000 orang kehilangan pekerjaan mereka, kita sepatutnya bayar Mahathir RM1.6 bilion dan suruh dia berambus.
Pasaran antarabangsa juga marah kepada Mahathir kerana berterusan berbohong dengan mengatakan bahawa dia tidak terlibat dalam manipulasi haga bijih timah. Banyak negara-negara membangun lain yang terlibat dalam industri timah mengalami kerugian kerana Mahathir.
Untuk menyalahkan London Metal Exchange terlalu bodoh adalah bodoh kerana ia sudah pun runtuh. Ia tidak bermakna bahawa mereka yang rugi dalam perdagangan tidak perlu menghantar timah mereka dan terlepas begitu sahaja. Mereka masih terpaksa menanggung kerugian dan penalti untuk timah yang tidak dihantar - amalan biasa bagi perdagangan komoditi.
Akhirnya, Mahathir juga tidak menulis dalam blognya bahawa dia menggunakan dana KWSP dan syarikat bernama Makuwasa untuk menipu pemegang saham bumiputra untuk membayar kerugian Maminco dan untuk membayar balik pinjaman daripada Bank Bumiputra setelah gagal berjudi di London Metal Exchange .
Dan lebih teruk lagi, terdapat perjudian lain akibat kegemaran dan kebiasaann suka berjudi yang buruk bagi Malaysia - tiada satu pun dilaporkan oleh RCI atau PAC.
---
0 Comments