PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 11 Mei ini sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Kecil P.186 Sandakan, kata Pengerusinya, Azhar Harun.
Selain itu, beliau berkata, tarikh-tarikh penting yang lain ialah 27 April sebagai tarikh penamaan calon dan 7 Mei sebagai tarikh mengundi awal.
“SPR telah terima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Arif Md Yusof pada 29 Mac berhubung kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P.186 Sandakan, berikutan kemaitan penyandangnya mendiang Datuk Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh pada 28 Mac 2019.
Kerusi Parlimen itu kosong selepas kematian penyandangnya Wong, akibat serangan jantung, pada 28 Mac lepas.
0 Comments