Recents in Beach

header ads

#MaluApaBossKu : PH Membisu Hutang Bertambah, Kenapa?



Saya perhatikan ada komen-komen dari penyokong PH yang tanya mengapa saya hanya tulis dalam FB?

Mengapa tak bawa ke Parlimen?

Baik.

Saya sudah bawa ke Parlimen hari itu melalui perbahasan saya.

Saya tuduh bahawa kerajaan PH telah naikkan hutang negara sebanyak RM90 bilion (tidak termasuk RM82 bilion dijarah dari Petronas) sejak tahun 2018 sehingga hari ini.

Saya juga tuduh dan namakan secara satu persatu aset-aset negara bernilai berpuluh-puluh bilion Ringgit yang telah dan sedang dijual oleh kerajaan PH.

Saya tuduh lagi bahawa ekonomi sekarang sudah lembab selepas PH menang sehingga Malaysia kini digelar "sole loser" di Asia.

Apa kesudahan itu? Tak cukup berat ke, tuduhan-tuduhan ini?

Adakah mana-mana Menteri PH berani tuduh saya telah membohong dalam Dewan Rakyat dan meminta tindakan diambil terhadap saya kerana saya mengelirukan dewan?

Adakah mana-mana Menteri PH mengeluarkan kenyataan atau penjelasan untuk menyangkal saya atau tuduh saya tidak betul sejak saya bawa ke Parlimen?

Kenapa tidak ada?

Post a Comment

0 Comments