Recents in Beach

header ads

#MaluApaBossku Ahli Parlimen memakai topi tradisional Orang Asli mencuri tumpuan


Viral! Gambar seorang Ahli Parlimen memakai Topi Tradisional Orang Asli ketika menghadiri sidang di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau adalah Tuan Ramli Mohd Noor merupakan Ahli Parlimen P78 Cameron Highlands yang baru sahaja dipilih selepas menang menewaskan Calon Pakatan Harapan dalam Pilihanraya Kecil Januari lalu.

Bercerita tentang Topi Tradisional yang dipakai Tuan Ramli hari ini, ia dipanggil Topi Tempo yang diperbuat daripada daun palas atau daun salak hutan akan mengambil masa kira-kira tiga minggu untuk disiapkan.

Tuan Ramli yang juga seorang bekas Pegawai Polis adalah wakil rakyat pertama berketurunan Semai diangkat menjadi Ahli Parlimen bagi mewakili rakyat berbilang kaum di kawasan tanah tinggi itu.


Post a Comment

1 Comments

  1. Syabas dan tahniah YB. Semoga dapat meneruskan kecemerlangan YBhg Datuk C Silvaraajh yg sebelum ini mewakili BN.

    ReplyDelete