Recents in Beach

header ads

Pemandu Grab wanita dicabul penumpang warga asing


Seorang pemandu Grab wanita trauma selepas menjadi mangsa pencabulan oleh penumpangnya yang merupakan lelaki warga asing di Jalan Song Bang Kheng, Bukit Mertajam di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa berusia 27 tahun dikatakan sedang menghantar dua lelaki warga Nepal itu ke Taman Juru selepas mengambil mereka di Jalan Stesen Bukit Mertajam di sini
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, suspek berusia 23 tahun yang berada di tempat duduk penumpang belakang dikatakan telah bertindak memegang dan mencium tangan mangsa sebelum menarik badannya ketika dalam perjalanan.
"Suspek turut didakwa meramas buah dada mangsa dan kejadian itu berlaku dua kali sebelum wanita itu mengugut mahu menghantar ke balai polis.
"Kemudiannya, suspek berusia 29 tahun muntah di dalam kereta dan dalam masa yang sama suspek pertama itu sekali lagi menarik badan mangsa sebelum dia memberhentikan kereta bagi mendapatkan bantuan orang ramai," katanya kepada pemberita hari ini.
Menurut Nik Ros Azhan, kedua-dua suspek turut cedera selepas dibelasah orang awam sebelum mereka diserahkan kepada pihak polis.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. - K! ONLINE

Post a Comment

0 Comments