Indeks Bursa jatuh lagi pagi ini.
Tahun lepas jatuh 180 mata selepas PRU14 sehingga kita dapat dividen-dividen paling rendah dalam sejarah dan Khazanah hilang RM25 bilion.
Masuk bulan April dah jatuh 110 mata lagi sejak permulaan tahun 2019.
Nak panik ke belum?
Sekali lagi, hampir semua pasaran saham di Asia naik tetapi kita turun lagi.
Singapura naik, Indonesia naik, Filipina naik, Thailand naik tetapi Malaysia turun.
Dah berapa hari sepert ini?
Baru-baru ini, terdapat banyak berita tidak baik tentang ekonomi kita.
- Kita diberi gelaran "paling teruk dalam dunia".
- Kita "sole loser di Asia.
- Amaran dari FTSE Russell bahawa bon kita akan diturunkan penarafaan sehingga dana asing sebanyak USD8 bilion akan mengalir keluar,
- Tabung terbesar dunia dari kerajaan Norway tidak lagi akan melabur dalam bon Malaysia dan akan menarik keluar dana mereka sebanyak US$1.9 bilion.
- Ringgit adalah matawang paling teruk ini bulan ini.
Pada ketika ini kerajaan PH patut mengeluarkan kenyataan untuk menenangkan pelabur dan mejelaskan kepada Rakyat supaya orang ramai tidak panik.
Tetapi sehingga kini, masih tidak ada sebarang komen dari mana-mana menteri PH.
Jika Menteri Kewayangan dan Azmin sibuk, Mat Sabu atau Teresa Kok pun boleh-lah.
Jangan semua pakat membisu.
Silence is not an option. Do it for the people and our economy.
0 Comments