Recents in Beach

header ads

Nama KLIA bakal ditukar?


Nama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berkemungkinan akan ditukarkan kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang.
Penukaran nama itu susulan penularan dokumen yang memaparkan isu dibangkitkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana dan Pengangkutan Selangor, Datuk Teng Chang Khim bagi penjenamaan semula nama KLIA.
Menerusi dokumen itu, penjenamaan itu supaya mencerminkan lokaliti lapangan terbang tersebut yang terletak di daerah Sepang.
"Keperluan ini adalah seiring dengan nama lapangan terbang antarabangsa di luar negara yang menggunakan lokaliti sebagai nama rasmi lapangan tersebut.
"Sehubungan itu, cadangan nama yang dipersetujui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (Sepang International Airport)," katanya.
Dokumen itu turut memaparkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han.
Sementara itu, Sze Han dalam satu portal berita dipetik berkata, setakat ini tiada keputusan dicapai berhubung pertukaran nama itu. 
“Isu ini cuma pernah disebutkan dalam MMKN (Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri), setakat ini tiada apa-apa yang telah diputuskan.
“Perkara ini timbul kerana KLIA terletak di Sepang, Selangor. Lapangan terbang antarabanga yang terkenal sering menggunakan lokaliti sebagai namanya, contohnya adalah Narita atau Haneda di Tokyo, Incheon di Seoul, Suvarnabhuni di Bangkok, Baiyun di Guangzhou, Pudong di Shanghai, Schipol di Amsterdam dan sebagainya,” katanya.

Post a Comment

0 Comments