Selepas Guan Eng menggelar kerjasama PAS-UMNO sebagai satu pengisytiharan perang terhadap kaum bukan Melayu, pemimpin-pemimpin DAP terus menghasut rakyat.

Semalam, Nga Kor Ming yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat memberitahu wartawan media berbahasa Cina jika kerjasama PAS-UMNO berjaya menguasai Malaysia, negara akan mundur dan ganas seperti negara Afghanistan di bawah pengawalan Taliban.

 Ini adalah satu lagi bentuk hasutan berbaur agama dan rasis yang amat melampau dari DAP. UMNO, PAS, MCA dan MIC merupakan antara 9 parti pengasas apabila BN ditubuhkan pada tahun 1974. 

UMNO dan PAS pernah bekerjasama dahulu dan negara terus makmur, tidak seperti yang digambarkan oleh Nga Kor Ming.

 Cukup-cukuplah DAP. Hentikan permainan hasutan perkauman anda. Hentilah melaga-lagakan rakyat bukan Islam dengan orang Islam.

 Dan sudah tentulah tiada tindakan terhadap pemimpin DAP ini untuk bebas keluarkan kenyataan seumpama ini.