Semenyih,
Zalikal Min Fadhlillah
Alhamdulillah Ala Kulli Hal
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh jentera2 komponen Barisan Nasional dan khususnya jentera2 PAS. Kepada masyarakat Semenyih, terima kasih kerana memilih saya untuk mewakili anda. Kerana kesepaduan dan kemuafakatan ini, Allah SWT menganugerahkan kita kemenangan bagi meneruskan agenda memperkasa ummah dan membela rakyat.
Benar, kemenangan ini tidak akan membawa sebarang makna kepada Kerajaan Pakatan Harapan tetapi kemenangan ini akan menjadi referendum penolakan terhadap Kerajaan Pakatan Harapan. Penolakan terhadap keangkuhan dan kerakusan mereka untuk “memperbaharui” sesuatu yang tidak patut “diperbaharui”. “Berjanji” sesuatu yang tidak patut mereka “janjikan” dan yang terakhir, “mempersoal” sesuatu yang tidak patut “dipersoalkan.
Sesungguhnya kejayaan ini hanya boleh dicapai melalui JAMAAH yakni persefahaman dan usahasama yg erat dan jitu dari BN dan PAS.
Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat dan kebaikan diatas kemenangan ini. Biarpun sedikit sumbangan kita semua tetapi amat bernilai di sisi perjuangan ummah.
Bersama, kita pastikan kejatuhan kita tempoh hari adalah untuk bangkit lebih agung, berdiri lebih teguh dan lebih yakin dengan masa depan kita.
Biar semua orang tahu ukhwah kita bermula di Semenyih dan referendum penolakan terhadap mereka juga bermula di Semenyih.
Zakaria Hanafi,
Calon PRK N.24 Barisan Nasional