Kesilapan terbesar Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kerjaya politik beliau ialah menyerang Pas.
Ketika beliau dihina, ditelanjang dan diaibkan, hanya Pas yang sanggup membela dan mengangkat beliau.
Beliau boleh sahaja membiarkan orang lain menyerang Pas. Namun beliau mahu menjadi aktor utama untuk menggembirakan Mahathir.
Justeru orang melihat dan tertanya-tanya adakah beliau boleh dipercayai dan wajar dibantu pada masa akan datang.
Keghairahan Anwar juga telah mengukuhkan kedudukan Mahathir. Pas pasti menyokong Mahthir jika berlaku pergaduhan Mahathir-Anwar 2.0
PS: Warganet cuba mengesahpastikan nombot akaun dalam cek yang dikatakan pemberian wang kepada PAS. Namun terbukti nombor akaun berkenaan tidak wujud. Fitnah melanda lagi.