Recents in Beach

header ads

Kenyataan Guan Eng boleh cetus Huru-Hara



Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap Lim Guan Eng di bawah Akta Hasutan setelah Menteri Kewangan itu menyifatkan kerjasama rasmi antara UMNO dan Pas sebagai  menyasarkan bukan Melayu di bawah panji 'perpaduan Melayu'.
Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, ia suatu kenyataan daripada seorang menteri tidak bertanggungjawab yang mengancam ketenteraman dan keselamatan negara.
“Pihak berkuasa mesti ambil tindakan di bawah undang-undang  hasutan.
“Kenyataan Guan Eng ini boleh mencetuskan pergaduhan kaum dan
huru-hara. Ekonomi negara juga akan terjejas. Pelabur akan lari,” kata Tajuddin kepada Utusan Malaysia menerusi aplikasi WhatsApp malam ini. - UTUSAN ONLINE