#Berniaga101 Asset underutilise - FB Najib Sahaari
U ada oven and u nak meniaga kek . U tahu oven u boleh muat 10kek sekali bake tapi setiap kali u bake , u hanya bake 6-7biji kek . asset u underutilise .
Or
U ada pekerja , u tahu 1 pekerja boleh produce 10 pasang baju sehari tapi pekerja u hanya produce 5 pasang baju sehari . Ini pon aset underutilise .
Macam mana nak buat ?
Pertama sekali u kena tahu maximum capacity untuk production berapa . Let say kalau u ada 1 oven . U nak meniaga kek buah . U tahu maximum production untuk 1 oven sebulan ialah 500biji kek buah . U buat marketing strategy macam mana nak pasarkan 500biji kek buah tu . Marketing strategy ada banyak . U pilih la yang mana bersesuaian . Susah ? Memang susah . Itu namanya meniaga .
Untuk big corporation , kadang2 dia buat strategic investment . Dia beli share dalam syarikat2 yang ada retail division . Contoh ; syarikat A meniaga baju , A beli share jakel 30% . Kenapa A beli ? Sebab A nak letak baju dia tu dekat semua kedai jakel . 30% share dekat jakel tu u xkisah kalau tak untung pon sebab u target nak untung dekat baju u tu .
Untuk SME boleh guna cara lain . Kalau meniaga baju , mungkin boleh pakai dropship agent or tumpang boutique orang . U carilah cara paling sesuai dengan perniagaan u .
Bila asset dapat digunakan secara optimum , kos barang akan jadi minimum dan profit boleh dapat maximum sebab tu kadang2 kita tengok satu syarikat tu rugi bukan sebab dia tak boleh jual product dia tapi kilang dia underutilise . Bila kilang underutilise , kos jadi tinggi . Kalau fully utilise , kos jadi rendah dan boleh jual harga murah seterusnya boleh rancakkan sales balik .
So itulah tips meniaga sikit untuk pagi ni .