Semalam, pengerusi DAP Tan Kok Wai pertahankan lantikan Hew Kuan Yau sebagai CEO untuk Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia-China (MCBC).
Dia kata lantikan Hew bukan satu lantikan politik.
Dia kata Hew sangat layak untuk memimpin agensi kerajaan yang tolong jaga hubungan perdagangan dua hala dengan China bernilai ratusan bilion Ringgit setiap tahun.
Tan Kok Wai juga tegas bahawa Hew tidak ada lagi apa-apa kaitan dengan DAP.
Siapa yang akan percaya?
Ramai tahu tindakan Hew untuk keluar dari DAP pada tahun 2016 hanya satu lagi wayang DAP untuk mengelak parti dia dikaitkan dengan pendirian Hew yang dikecam sebagai menderharka kepada negara.
Ramai nampak Hew terus menjadi penceramah DAP utama di dalam mana-mana kempen dan acara DAP sehingga sampai PRU14.
Rakyat Malaysia bukan buta.
DAP ini nak terus menipu sehingga bila?
Mengakulah sahaja yang Hew telah banyak berjasa kepada DAP untuk menghasut rakyat untuk benci BN.
Malu apa?
Hantaran sama tentang isu ini semalam:
https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10155869916030952/
0 Comments