SIAPA RAKYAT HARUS PERCAYA: MUHYIDDIN ATAU LIM GUAN ENG?
Nampaknya Menteri Kewangan Lim Guan Eng seperti biasa cuba mengalihkan isu syarikat judi menaja Lawatan Pegawai Tertinggi PDRM dengan menyalahkan Kerajaan terdahulu kononnya lawatan tersebut telah diluluskan pada 2017. Peliknya Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri mengakui telah meluluskan lawatan tersebut sebagaimana dilaporkan akhbar kelmarin atas alasan diperlukan oleh PDRM.
Jadi kenyataan siapa yang patut rakyat percaya Lim Guan Eng yang sebelum ini banyak tersalah lapor termasuk isu hutang negara dan salah titik perpuluhan, ataupun Tan Sri Muhyiddin Yassin?
Lagi satu takkanlah rakyat nak diperbodohkan lagi sekali. Lawatan diadakan tahun 2019 tapi diluluskan tahun 2017. Waktu tu Tan Sri Fuzi pun baru dilantik Ketua Polis Negara. Bak kata makcik yang videonya tular waktu PRK di Cameron Highlands baru-baru ini, “Makcik tak percaya kalau setakat janji mulut, makcik nak tengok bukti surat LAWYER!”
#MalaysiaPalsu
#ManifestoBukanKitabSuci
#TipahTidakRelaDitipuLagi
Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
14 Februari 2019
0 Comments