Recents in Beach

header ads

REIT: Cara Licik dan Tersembunyi, PH U-Turn

Minggu lepas ni, saya telah tulis panjang lebar untuk membuktikan REIT ialah cara licik dan tersembunyi kerajaan PH jual aset negara termasuk tanah airport dan hospital kerajaan.

Selepas itu, Timbalan PM Wan Azizah cuba mempertahankan REIT dan membohong bahawa REIT bukan cara jual aset.

Saya telah membalas TPM serta-merta melalui beberapa posting untuk membuktikan kenyataan beliau adalah menipu.

Saya juga telah menulis dan membuktikan ada cara lebih baik untuk mengumpul dana melalui bon kerajaan dengan memberi contoh yang jelas membuktikan cara REIT PH akan menyebabkan kerajaan rugi besar untuk bertahun-tahun dan cuma akan memperkayakan kroni.

Pagi ini, kerajaan PH mengumumkan rancangan REIT untuk hospital kerajaan tidak akan diteruskan, Mereka kata ada cara lebih baik untuk mengumpul dana.

Bagaimanapun, REIT untuk tanah lapangan terbang milik kerajaan masih diteruskan oleh kerajaan PH.

Post a Comment

0 Comments