Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dijadual bermula pada 9 pagi esok.




Ia akan berlangsung di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang, Saujana Impian, Kajang.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 13 kertas pencalonan setakat ini dibeli merangkumi tiga oleh Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) lima dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) satu borang. Turut dijual empat lagi borang pencalonan untuk calon Bebas.