Banyak kita baca dan timbul kesah DS Najib dan isteri sekarang ini seolah olah beliau di sabotaj dan banyak fitnah dilakukan terhadap beliau ketika beliau menjadi PM.
Malangnya ia nya terbongkar setelah beliau bukan lagi PM. Kenapa DS Najib tidak halang perkara ini ketika beliau berkuasa dulu. Apakah mungkin beliau telah cuba tapi rakyat yang teracun oleh fitnah langsung tidak membuka ruang untuk mempercayai Najib.
Sekarang ini beliau nampak lebih popular apakah benar beliau benar benar popular ketika ini? Apakah mereka2 yg membenci DS Najib benar benar mula percaya Najib difitnah.
Mungkinkah kerana hari ini mereka sudah benar benar rasa tertipu setelah melalui harian harian yg lebih perit bersama kerajaan baru ini yang semakin hari semakin tenat dan baru lah mereka tersedar kerajaan BN dulu adalah lebih baik dari kerajaan baru PH.
Rasanya rakyat baru tersedar dan belum yakin dan ianya satu usaha yang sukar dan akan memakan masa utk meyakinkan rakyat kembali tetapi ianya bukan mustahil dan ianya kini menuju ke arah itu. Semoga UMNO dan BN boleh memenangi semula hati rakyat.
Man man kita kayuh.
Kdt K.A.B
*gambar hanya fan teaser sahaja 😊
0 Comments