Rizab   antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM410.2 bilion (bersamaan   dengan USD95.6 bilion) pada 15 Februari 2016. Paras rizab ini memadai   untuk membiayai 8.2 bulan import tertangguh dan ialah 1.2 kali hutang   luar negeri jangka pendek[1].
 
[1]Merujuk   kepada hutang luar negeri jangka pendek yang didefinisikan semula, yang   termasuk peminjaman luar pesisir jangka pendek, pemegangan sekuriti   hutang jangka pendek dalam ringgit oleh bukan pemastautin, deposit bukan   pemastautin dengan sistem perbankan dan hutang jangka pendek lain.   Untuk maklumat lanjut, sila rujuk rencana bertajuk 'Definisi Semula   Hutang Luar Negeri' dalam Buletin Suku Tahunan Mengenai Perkembangan   Ekonomi dan Kewangan Malaysia pada Suku Pertama 2014.
Lihat juga: Penyata Aset & Liabiliti BNM pada 15 Februari 2016



0 Comments