JOHOR BAHARU: Empat remaja lelaki dilaporkan hilang
sejak Rabu lepas ditemui mati lemas selepas kereta yang dinaiki
terbabas ke dalam sungai.
Awal pagi Rabu, kesemua mangsa yang berusia 21 tahun iaitu Luqman
Jainie, Abu Izzani Abu Bakar, Nik Shakir Zufayri dan Muhammad Asyraf Isa
ditemui terperangkap bersama dalam kereta yang terbabas ke sungai di
Tenggaroh, berhampiran Mersing.
Difahamkan orang awam telah melihat sebuah kereta di dalam sungai di
KM50 di Jalan Kota Tinggi-Mersing dan telah memaklumkan kepada pihak
bomba.
Pasukan Bomba dan Penyelamat Mersing telah menarik keluar kereta itu dan kesemua mayat dibawa ke Hospital Mersing.
Timbalan Superintendan Polis Daerah Mersing S.M. Kumar berkata, pengecaman mayat telah dibuat oleh keluarga masing-masing.
Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd dijangka akan mengadakan sidang media mengenai kes ini.
Keempat-empat remaja itu meninggalkan rumah mereka di Seri Alam dengan
menaiki Honda Accord lebih kurang pukul 9.30 malam Rabu menuju ke
Terengganu untuk bercuti.
Namun mereka gagal dihubungi oleh ahli keluarga masing-masing sebelum membuat laporan orang hilang pada 10 Februari.
0 Comments